fb fb fb fb fb

Baru 10 hari pegang jawatan, PM Haiti dikejarkan ke hospital akibat serangan asma

Perdana Menteri Haiti, Garry Conille / AFP

PORT-AU-PRINCE, 9 Jun- Perdana Menteri Haiti yang baharu, Garry Conille, dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas pada Sabtu.

"Dia diserang asma kini sedang dipantau rapa doktot," kata sumber kerajaan.

Tambahnya, kemungkinan perdana menteri itu akan dipindahkan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Conille, 58, dilantik ke jawatan perdana menteri oleh Majlis Peralihan Presiden Haiti pada 29 Mei dan mengangkat sumpah pada Isnin.

Sebagai doktor perubatan, Conille telah berkhidmat sebagai perdana menteri Haiti untuk tempoh yang singkat pada 2011-2012, dan sehingga baru-baru ini menjadi pengarah serantau untuk agensi bantuan PBB UNICEF.

Sejak pelantikannya, beliau telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pihak berkepentingan dan wakil, sambil bekerjasama dengan Majlis untuk membentuk kabinet.

Sebelum diserang asma, Conille sempat melawat lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Haiti Port-au-Prince, memuji usaha pasukan keselamatan yang membolehkan penerbangan disambung semula selepas dihentikan selama lebih tiga bulan akibat serangan kumpulan samseng.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE