(FOTO HIASAN)
Algiers, 4 September- Banjir akibat hujan lebat telah mengorbankan lapan orang di barat sini, menurut perkhidmatan pertahanan awam Algeria, semalam.
Lapan mereka dilapor dihanyutkan air banjir di Tlemcen dan El Bayadh pada Sabtu lalu.
Mayat empat daripada mereka adalah dua wanita dan dua lelaki berusia antara 22 hingga 73 tahun ditemukan di barat laut Tlemcen, semalam.
"(Ketika kejadian) mereka berada di dalam kenderaan yang dihanyutkan air banjir apabila tebing Sungai Oued Ed-Dali pecah," kata pihak itu.
Begitu juga di barat daya El Bayadh, tiga mayat wanita dan seorang lelaki ditemukan dalam kereta yang dihanyutkan air banjir dari Sungai Oued Chadli.
Jumaat lalu, Pejabat Meteorologi Algeria telah mengeluarkan amaran cuaca yang meramalkan ribut dan hujan lebat membadai utara negara itu mulai Sabtu. -AFP
(FOTO FB Algeria Today)