fb fb fb fb fb

Banjir kilat & tanah runtuh di Uttarakhand ragut empat nyawa, puluhan hilang

FOTO REUTERS

UTTARAKHAND, 7 Ogos – Pasukan penyelamat bergelut dengan keadaan jalan rosak dan cuaca basah pada Rabu susulan banjir kilat serta tanah runtuh yang mengorbankan empat orang dan menyebabkan puluhan lagi hilang, manakala sebuah kampung tenggelam dalam lumpur.

Tentera India memaklumkan seramai 70 orang berjaya diselamatkan pada Rabu, sementara Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata kira-kira 130 mangsa diselamatkan pada malam sebelumnya.

Perdana Menteri Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa terjejas dan memberi jaminan bahawa pasukan penyelamat sedang berusaha sepenuhnya bagi memberikan bantuan.

Uttarakhand merupakan kawasan yang sering dilanda banjir dan tanah runtuh, yang menurut pakar berpunca daripada perubahan iklim.

Pada 2021, sekurang-kurangnya 200 orang terkorban apabila banjir kilat memusnahkan dua projek hidroelektrik di negeri itu.

India memiliki kira-kira 10,000 glasier di kawasan Himalaya, yang kebanyakannya menunjukkan kadar penyusutan akibat pemanasan global.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE