WASHINGTON, 7 Ogos – Apple dijangka mengumumkan komitmen baharu bernilai AS$100 bilion pada Rabu bagi memperkukuh usaha membawa lebih banyak aktiviti pembuatan ke Amerika Syarikat, menurut pegawai White House.
Pegawai berkenaan yang enggan dikenali berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada agenda pentadbiran Presiden Donald Trump yang agresif dalam mengenakan tarif dan dasar perdagangan bagi mengembalikan pengeluaran ke dalam negara.
Februari lalu, Apple mengumumkan pelaburan bernilai AS$500 bilion dalam tempoh empat tahun di Amerika Syarikat yang merangkumi pembinaan kilang kecerdasan buatan (AI) di Texas serta pewujudan kira-kira 20,000 pekerjaan baharu dalam sektor penyelidikan dan pembangunan.
Apple setakat ini belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen mengenai pengumuman baharu itu.-REUTERS