fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Kentucky ragut 8 nyawa

(FOTO AFP)

AMERIKA SYARIKAT, 29 Julai- Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kejadian banjir kilat yang melanda negeri Kentucky, pada Khamis.

Antara 20 hingga 30 penduduk yang terkandas di atas bumbung atau pokok diselamatkan menggunakan helikopter.

Manakala kira-kira 25,000 buah rumah terputus bekalan elektrik.

Gabenor Kentucky, Andy Beshear menyifatkan bencana kali ini paling teruk dan dahsyat dalam sejarah negeri.

"Ini akan menjadi banjir terburuk dalam ingatan. Jumlah kematian dijangka mencecah dua angka.

"Sekarang kita boleh mengesahkan sekurang-kurangnya 8 terbunuh tetapi jumlah itu akan meningkat," katanya dalam temubual bersama media tempatan.

(Pemandangan udara rumah yang ditenggelami air di Jackson, Kentucky pada 28 Julai 2022/AFP)

Darurat telah diisytiharkan di enam buah daerah.

"Terdapat ramai orang di luar sana memerlukan bantuan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu usaha menyelamat," tambahnya.

Beshear turut memberitahu, beratus-ratus penduduk dijangka kehilangan tempat tinggal.

Dalam pada itu, agensi kaji cuaca meramalkan lebih banyak hujan akan turun dan berpotensi mencetuskan banjir gelombang kedua.-AFP

Media Baharu