fb fb fb fb fb

Banjir di Hong Kong, lebih 1,000 ekor babi mati

(Foto REUTERS)

HONG KONG, 10 September- Banjir di Hong Kong disebabkan Taufan Haikui mengakibatkan lebih 1,000 ekor babi mati di sebuah ladang.

Bangkai haiwan tersebut dikeluarkan pekerja ladang berkenaan pada Sabtu.

Pemilik ladang berkenaan dikenali Tse berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menutup perniagaan keluarganya yang berusia berdekad-dekad selepas mengalami kerugian lebih HK$3 juta (AS$382,000).

"Paras air meningkat dengan cepat disebabkan Taufan Haikui, menyebabkan haiwan ternakan itu mati.

"Pekerja ladang terpaksa meninggalkan haiwan ternakan untuk menyelamatkan diri.

"Ladang tersebut pernah mengalami banjir, tetapi banjir kali ini paling teruk dalam sejarah.

"Saya sedang mempertimbang kelangsungan perniagaan ini untuk mengelak perkara sama berulang dan kerugian pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Artikel Berkaitan:
Hujan paling lebat landa Hong Kong dalam tempoh 140 tahun
Hong Kong dilanda banjir

Media Baharu