fb fb fb fb fb

Banjir di Brazil, catat peningkatan jumlah kematian

Foto AFP

RIO GRANDE DO SUL, 13 Mei- Angka kematian akibat bencana alam terburuk yang pernah melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil, meningkat kepada 143 orang.

125 orang dilapor masih hilang dan lebih daripada 600,000 orang dipindahkan.

Rekod hujan lebat selama dua minggu yang mengakibatkan banjir dan gelongsoran lumpur, menyaksikan penduduk terjejas diselamatkan di 446 bandar termasuk ibu negerinya, Porto Alegre.

Sungai Guaiba melimpah dan membanjiri separuh daripada bandar itu.

Hujan lebat bermula pada 29 April lalu dan berterusan sehingga Ahad.

Jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada kira-kira 441,000 pada Sabtu kepada 618,550 pada Ahad.

Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat berterusan sehingga Isnin .

Kira-kira lebih AS$3.7 bilion dolar Amerika diperlukan untuk membina semula Rio Grande do Sul.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM