SARAJEVO, 29 Disember- Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf 'Sevdalinka' (sebuah karya lama dari Bosnia dan Herzegovina) disenaraikan dalam Warisan Kebudayaan Tidak Ketara.
Sevdalinka, dikenali sebagai Balkan Blues yang merupakan karya lama (sebuah muzik cinta) sejak abad ke-16. Ia adalah gabungan puisi karya dari Slavik Selatan dan muzik Empayar Uthmaniyyah.
Enes Salman adalah salah seorang daripada segelintir pemuzik yang masih memainkan karya lama itu.
"Saya telah bermain dan menyanyikan Sevdalinka sejak berusia 14 tahun," kata Salman.
Sevdalinka, sering dipersembahkan secara acapella (nyanyian tanpa iringan muzik) atau diiringi alat tradisional seperti kecapi (alat bunyi-bunyian bertali seakan-akan gambus). Ia dipersembahkan dari generasi ke generasi menerusi persembahan pada majlis keluarga.
Namun beberapa tahun ini, karya berkenaan sering dipersembahkan beberapa pemuzik lebih muda dan membawa ia lebih dikenali secara global.
Salah seorang daripada mereka ialah Damir Imamovic, yang bapa dan datuknya adalah salah seorang memainkan muzik lama berkenaan.
Imamovic memenangi anugerah pada 2020/2021 untuk album terbaik Eropah oleh majalah muzik dunia Songlines dan Transglobal.
Selain itu Imamovic mempromosikan Sevdalinka di peringkat antarabangsa melalui projek SevdahLab yang menyokong sokongan untuk kemasukan lagu itu dalam senarai Warisan Dunia UNESCO.
"Saya sedar tidak ramai yang mengetahui berkenaan genre Sevdalinka dan mahu mendedahkan cerita di sebalik karya lama itu," katanya.
Zanin Berbic, 28, ahli etnomuzik yang bermain saz (sejenis alat muzik bertali dimainkan dalam kalangan masyarakat Turkiye, Armenia serta di beberapa bahagian Syria, Iraq dan negara-negara Balkan).
Ia merupakan sejenis alat muzik yang digunakan dalam muzik klasik Uthmaniyyah.
"Saya sentiasa mendalami, membaca dan bercakap mengenai Sevdalinka," kata Berbic, yang bekerja sebagai penjaga di Jabatan Muzik Muzium Wilayah Bosnia di Sarajevo.
"Sevdalinka adalah hidup saya," katanya.- REUTERS