RENNES, 15 April- Pintu masuk sebuah balai polis dibakar semasa protes di bandar Rennes di barat Perancis pada Jumaat.
Protes berkenaan tercetus apabila keputusan Majlis Perlembagaan berhubung pindaan pencen diumumkan.
Penunjuk perasaan turut merosakkan bangunan tersebut dengan contengan grafiti.
(Pintu masuk sebuah balai polis dibakar oleh penunjuk perasaan dalam protes di bandar Rennes / Foto REUTERS)
Kesatuan, pelajar dan penunjuk perasaan berarak melalui bandar-bandar bagi menyatakan rasa tidak puas hati.
Ia selepas Majlis Perlembagaan meluluskan kenaikan umur untuk pengeluaran pencen daripada 62 ke 64 tahun.-REUTERS