fb fb fb fb fb

'World of Barbie' kini di dunia nyata

CALIFORNIA, 15 April- Rumah 'Barbie' bersaiz sebenar menjadi tarikan baharu di Los Angeles buat penggemar patung ikonik berkenaan.

Dikenali sebagai 'World of Barbie', ia menempatkan pelbagai koleksi patung tersebut sejak mula dicipta pada tahun 1959.

Walaupun ramai beranggapan ia hanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan, namun Lucy Treadway yang membina 'World of Barbie' berkata, ia menjanjikan pengalaman menarik untuk semua golongan.

"Ia juga untuk dewasa, pastinya mereka akan berasa cukup teruja apabila masuk ke dalam.

Kanak-kanak perempuan dan lelaki pastinya akan menjerit keseronokan apabila mereka tiba," katanya.

(Antara hiasan diĀ 'World of Barbie' buat peminat patung ikonik berkenaan)

Tambah Treadway, pengunjung boleh menerokai bilik seluas 20,000 kaki persegi yang menempatkan pelbagai koleksi patung 'Barbie'.

Jelasnya, anak patung berkenaan menjadi simbolik bahawa kanak-kanak boleh menjadi apa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka.

"Mesejnya ialah 'anda boleh menjadi apa sahaja'.

Ia adalah nilai yang sangat besar untuk kanak-kanak apabila mereka boleh masuk ke dalam bilik dan melihat angkasawan Barbie dan melihat patung berkenaan dengan semua kerjaya yang berbeza," kata Treadway.-REUTERS

Media Baharu