fb fb fb fb fb

Azerbaijan - Armenia sedia berunding akhiri konflik wilayah

BRUSSELS, 7 April- Azerbaijan dan Armenia kini bersedia untuk mengadakan rundingan damai selepas pertelingkahan memuncak berhubung konflik wilayah Nagorno-Karabakh pada 2020.

Perkembangan terbaharu itu susulan Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev mengadakan pertemuan di Brussels pada Rabu.

Pertemuan berkenaan dikendalikan Presiden Majlis Kesatuan Eropah, Charles Michel.

Ia juga berlaku selepas Azerbaijan menawan perkampungan stratgeik di Karabakh yang merupakan kawasan di bawah kawalan pasukan pengaman Rusia pada 25 Mac.

Menerusi mesyuarat berkenaan kedua-dua pemimpin itu mengarahkan Menteri Luar masing-maisng untuk menyediakan kertas kerja ke arah rundingan berkenaan.

Menurut Michel banyak kemajuan dicapai selepas pertemuan selama lima jam dengan Presiden Azerbaijan dan Perdana Menteri Armenia.

(FOTO AFP)

"Para pemimpin juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama dan mengekalkan saluran komunikasi,

"Kesatuan Eropah untuk meningkatkan kerjasama dengan Armenia dan Azerbaijan bagi membendung ketegangan di Caucasus Selatan dan menjamin keselamatan, kestabilan, serta wilayah yang aman dan makmur," jelas Michel.

Hubungan antara kedua-dua negara bekas Soviet itu tegang sejak 1991, apabila tentera Armenia menduduki Nagorno-Karabakh, juga dikenali sebagai Upper Karabakh, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.

Situasi bertambah tegang pada September 2020 menyaksikan Azerbaijan membebaskan beberapa bandar dan lebih 300 penempatan dan kampung yang diduduki Armenia selama hampir 30 tahun. -AFP

Media Baharu