SYDNEY, 26 Julai- Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada menggesa gencatan senjata segera di Gaza dalam satu kenyataan bersama hari ini.
"Gencatan senjata segera diperlukan.
"Orang awam mesti dilindungi, dan peningkatan berterusan dalam aliran bantuan di seluruh Gaza diperlukan untuk menangani situasi kemanusiaan," kata kenyataan itu.
Semalam, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk membantu mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza yang akan meringankan penderitaan orang awam Palestin, dengan nada yang lebih keras daripada Presiden Joe Biden.- REUTERS