fb fb fb fb fb

Australia Barat hadapi gelombang haba 'melampau'

FOTO HIASAN/ REUTERS

SYDNEY, 20 Januari- Beberapa bahagian Australia Barat hari ini dicengkam  gelombang haba “melampau”, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran belukar di negeri yang luas itu, kata peramal cuaca negara itu.

Biro Meteorologi mengeluarkan "amaran gelombang haba melampau" hari ini untuk kawasan terpencil di Pilbara dan Gascoyne di mana amaran suhu di sana boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius yang tinggi pada hujung minggu.

Di bandar perlombongan Pilbara, Paraburdoo, kira-kira 1,500km (930 batu) di utara ibu negeri Perth diramal mencatatkan suhu maksimum 47 darjah Celsius, iaitu lebih enam darjah daripada purata maksimum bulan Januari, menurut kepada data peramal.

Suhu dicatatkan di sana ialah 42.7 C (108.8 F) pada jam 11.00 pagi (0300 GMT).

Suhu tertinggi Australia pernah direkodkan mencecah 50.7 C (123.2 F) di Lapangan Terbang Onslow Pilbara pada 13 Januari 2022.

Cuaca panas pada Sabtu meningkatkan risiko kebakaran hutan, ditambah dengan fenomena  El Nino, yang biasanya dikaitkan dengan kejadianseperti kebakaran hutan, taufan dan kemarau.

"Keadaan yang sangat panas dan kering digabungkan dengan tiupan angin selatan dan angin laut barat ke barat daya membawa kepada risiko kebakaran yang tinggi " menurut peramal cuaca.

Amaran itu dibuat awal bulan ini selepas ratusan anggota bomba berhadapan dengan kebakaran belukar luar kawalan berhampiran Perth di tengah-tengah suhu yang meningkat dan menyebabkan pemindahan penduduk- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI