fb fb fb fb fb

Australia akan hantar pendatang asing ke Nauru

Foto REUTERS

CANBERRA, 19 Oktober - Australia pada Ahad mempertahankan perjanjian bernilai A$2.5 bilion (AS$1.62 bilion) untuk menghantar ratusan warga asing ke negara kecil Pasifik, Nauru, dalam tempoh 30 tahun, meskipun rancangan itu dikritik kumpulan hak asasi manusia.

Kerajaan Australia yang diterajui Parti Buruh menandatangani perjanjian itu dengan Nauru pada September lalu untuk menempatkan semula individu yang ditolak permohonan visa pelarian kerana kesalahan jenayah.

Tindakan berkenaan menimbulkan dakwaan bahawa Australia “membuang” pelarian ke negara pulau kecil.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ausralia, Tony Burke, berkata visa 30 tahun yang diberikan membolehkan mereka bekerja di Nauru.

"Jadi mereka akan mempunyai hak bekerja di sana dengan visa ini. Visa ini sah selama 30 tahun dan memberikan hak bekerja. Saya sendiri telah memeriksa tempat penginapan dan kemudahan kesihatan di sana, dan standardnya baik, jauh lebih baik daripada beberapa spekulasi mengenai standard kesihatan yang tersebar," katanya di sini.

Sementara itu, menurut 'Human Rights Watch', pelarian yang dipindahkan secara paksa ke Nauru sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat pengabaian perubatan dan bunuh diri. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM