fb fb fb fb fb

AS umum bantuan baharu AS$100 juta untuk sistem ketenteraan Ukraine

(Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken/AFP)

WASHINGTON, 6 April- Amerika Syarikat umum akan menyalurkan bantuan tambahan untuk sistem ketenteraan Ukraine, bernilai AS$100 juta.

“Berdasarkan kelulusan presiden, saya telah membenarkan pengeluaran segera bantuan keselamatan bernilai AS$100 juta bagi memenuhi keperluan mendesak Ukraine dalam aspek sistem antiperisai tambahan,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dalam satu kenyataan.

Tambahnya, “dunia terkejut dengan kekejaman dilakukan tentera Rusia di Bucha dan seluruh Ukraine.”

Jurucakap Pentagon, John Kirby dalam kenyataan berasingan menyebut, pembiayaan tambahan akan digunakan untuk keperluan tambahan sistem peluru berpandu Javelin.


(Peluru berpandu Javelin digunakan tentera Ukraine/AFP)

Sistem peluru berpandu pelancar di bahu itu yang digunakan tentera Ukraine setakat ini dilihat amat berkesan dalam menangkis serangan tentera Rusia.

Pada 1 April lalu, Pentagon telah mengumumkan bantuan ketenteraan bernilai AS$300 juta.

Jelas Kirby, pengumuman terbaru itu menjadikan nilai keseluruhan bantuan untuk Ukraine kepada "lebih daripada AS$1.7 bilion sejak operasi tentera Rusia bermula pada 24 Februari," dan lebih daripada AS$2.4 bilion sejak pentadbiran Presiden AS, Joe Biden. –AFP

 

Media Baharu