THE HAGUE, 26 Jun - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan menimbang membekalkan lebih banyak peluru berpandu Patriot kepada Ukraine untuk melindungi negara itu daripada serangan Rusia.
Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan menyalurkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Kyiv yang dimpit serangan berterusan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
"Peluru berpandu Patriot sangat sukar untuk diperoleh tetapi kami (Amerika Syarikat) akan melihat sama ada kami boleh membekalkannya untuk Ukraine," kata Trump.
Kenyataannya itu dikeluarkan selepas pertemuan selama 50 minit dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di luar Sidang Kemuncak NATO, di sini.
Trump turut memaklumkan, beliau sekali lagi akan bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk berunding berhubung konflik tersebut dan menegaskan agar Presiden Putin perlu menamatkan perang dengan Ukraine.
Dalam pada itu, Zelenskiyy berkata, bersedia untuk membeli lebih banyak peluru berpandu Patriot dan menyokong pengeluar senjata Amerika.
"Kami juga membincangkan potensi pengeluaran bersama dron. Kami boleh menguatkan satu sama lain," katanya. - REUTERS