fb fb fb fb fb

AS mahu lihat peningkatan pengeluaran minyak mentah dunia

FOTO AFP

HOUSTON, 7 Mac- Amerika Syarikat (AS) mahu melihat peningkatan dalam sektor pengeluaran minyak mentah dunia.

Ia termasuk bantuan daripada negara-negara OPEC.

Menurut Timbalan Setiausaha Negara (Hal Ehwal Ekonomi, Tenaga dan Alam Sekitar), Jose Fernandez, ia penting bagi memenuhi bekalan pada masa akan datang.

"Apabila ekonomi dunia sudah pulih, kita akan lihat banyak penggunaannya. Oleh itu, kami mahu bekalan tersedia dan permintaan ini akan berjaya dipenuhi.

"Kami ingin melihat lebih banyak bekalan" minyak mentah di seluruh dunia termasuk daripada OPEC+, 13 ahli Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan 11 negara bukan sekutu OPEC," kata Fernandez di luar acara CERAWeek persidangan tenaga, di Houston, Texas.


(Presiden AS, Joe Biden/AFP)

Awal Oktober tahun lalu, OPEC+ memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari dan tidak mengubah tahap pengeluarannya sejak itu.

Harga setong West Texas Intermediate (WTI), berdasarkan penanda aras varieti AS, kini bernilai kira-kira satu pertiga kurang daripada setahun yang lalu, pada hari-hari awal pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Ia masih lebih 40 peratus, lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada 2019 dan meningkat hampir 30 peratus berbanding 2018.

Antara awal September 2021 dan awal Januari 2023, pentadbiran Presiden, Joe Biden memperoleh hampir 250 juta tong daripada rizab strategik AS, yang kemudiannya dijual di pasaran AS untuk mengurangkan harga gas yang melambung tinggi.

Biden kerap menggesa tindakan itu agar wujud peningkatan dalam pengeluaran OPEC+ tetapi kartel itu tidak menaikkan kuotanya selama enam bulan.

Pada Februari, organisasi pengeluar minyak mentah itu seperti yang dianggarkan Reuters, adalah hampir dua juta tong sehari lebih rendah berbanding Februari 2019.

OPEC meramalkan peningkatan permintaan sebanyak 2.32 juta tong sehari pada 2023 berbanding tahun lalu.

Media Baharu