fb fb fb fb fb

AS hantar kapal ke Gaza, bina pelabuhan sementara

Foto Reuters

KAHERAH, 10 Mac- Tentera Amerika Syarikat (AS) telah menghantar sebuah kapal ke Gaza bagi menyokong bantuan kemanusiaan di kawasan yang dikepung itu, kata Komando Pusat (CENTCOM) pada Ahad.

Penghantaran dibuat beberapa hari selepas Presiden Joe Biden berikrar untuk membina pelabuhan sementara bagi membekalkan bantuan.

"Jeneral Frank S. Besson meninggalkan Pangkalan Bersama Langley-Eustis di Virginia "kurang daripada 36 jam selepas Presiden Biden mengumumkan AS akan memberikan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laut."

"Kapal sokongan logistik itu membawa peralatan untuk menubuhkan jeti sementara bagi tujuan menghantar bekalan kemanusiaan yang penting," kata CENTCOM dalam satu kenyataan.

Pengumuman Biden dalam ucapan Negara Kesatuan pada Khamis menyusuli amaran PBB tentang kebuluran yang meluas terhadap 2.3 juta penduduk Palestin di Gaza, lima bulan selepas Israel melancarkan serangan di wilayah sempit itu dengan alasan, ia adalah tindak balas daripada serangan pejuang Hamas.

Keadaan Gaza yang tidak mempunyai infrastruktur pelabuhan, pada mulanya memaksa AS untuk menggunakan Cyprus sebagai pilihan alternatif.

Pemilihan Cyprus membolehkan keperluan pemeriksaan keselamatan dan saringan kargo di Gaza dihapuskan.

Kebanyakan penduduk Gaza kini menjadi pelarian, kem yang padat selain kesusahan dalam mencari sumber bekalan makanan bersih.

Gaza telah berdepan sekatan di bawah kuasa tentera laut Israel sejak 2007, apabila Hamas menguasai kawasan berkenaan.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM