fb fb fb fb fb

AS-Filipina muktamad perjanjian perdagangan

Foto AFP

WASHINGTON, 22 Julai - Amerika Syarikat (AS) telah memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan Filipina, menurut Presiden AS, Donald Trump dalam satu kenyataan semalam.

Pengumuman itu dibuat susulan pertemuan rasmi antara Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. dan Trump di White House.

“Presiden Filipina baru sahaja meninggalkan White House bersama delegasinya. Lawatan ini berlangsung dengan baik dan penuh makna.

“Kami telah memuktamadkan perjanjian perdagangan, di mana Filipina akan membuka pasaran kepada AS tanpa sebarang tarif.

“Barangan import dari Filipina pula akan dikenakan tarif sebanyak 19 peratus. Selain itu, kami turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam aspek ketenteraan,” kata Trump.

Presiden Filipina menjadi pemimpin Asia Tenggara pertama yang mengadakan kunjungan rasmi ke Washington dalam penggal kedua pentadbiran Trump.

Pada tahun lalu, AS mencatatkan defisit hampir AS$5 bilion dalam perdagangan barangan dua hala dengan Filipina, daripada jumlah keseluruhan dagangan bernilai AS$23.5 bilion. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM