fb fb fb fb fb

AS,EU boikot Majlis angkat sumpah Presiden Rusia

Presiden Rusia dilantik bagi tempoh baharu selama enam tahun / Foto Reuters

LONDON, 7 Mei - Amerika Syarikat dan beberapa Negara Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan memboikot Kremlin berhubung upacara angkat sumpah Vladmir Putin sebagai Presiden Rusia buat tempoh enam tahun lagi.

Namun, Perancis dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain dijangka menghantar wakil bagi upacara berkenaan.

Tindak balas diplomatik oleh negara barat berhubung upacara berkenaan menggambarkan sikap pemimpin yang berbeza pendapat berhubung tindakan Putin yang melancarkan serangan dan pencerobohan terhadap Ukraine lebih dua tahun lalu.

"Tidak, kami tidak akan menghantar wakil pada upacara berkenaan", kata Matthew Miller, Jurucakap bahagian Negara AS.

"Kami tidak mengiktiraf pilihan raya berkenaan sebagai bebas dan adil", tambah Miller.

Britain dan Kanada berkata kedua-dua negara berkenaan turut tidak menghantar wakil bagi menghadiri majlis tersebut selepas Rusia mengumumkan akan menangguhkan ujian taktikal nuklear yang diharapkan mampu mengurangkan ketegangan terhadap negara barat.

Putin dilaporkan memenangi pilihan raya Presiden dengan majoriti besar pada Mac lalu seminggu selepas pesaing utamanya, Alexei Navalny meninggal dunia di dalam penjara.

Kuasa barat menyelar pilihan raya tersebut sebagai tidak adil dan tidak demokratik.

"Ukraine melihat tiada keperluan bagi mengiktiraf pilihan raya tersebut sebagai pemilihan yang demokratik dan Presiden Rusia yang sah", kata Menteri Luar Ukraine dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang pegawai kanan Kremlin berkata, semua ketua perwakilan diplomatik asing di Moscow telah dijemput untuk menghadiri upacara angkat sumpah Putin, lapor agensi berita Interfax.

Jurucakap EU berkata, duta blok berkenaan tidak akan menghadiri majlis itu, selaras dengan pendirian kebanyakan negara anggota blok itu.

Seorang diplomat Eropah berkata 20 negara anggota EU akan memboikot majlis itu, tetapi tujuh yang lain dijangka menghantar wakil.

Selain Perancis, Hungary dan Slovakia kedua-duanya dijangka hadir, kata dua sumber diplomatik.

Manakala,Kementerian Luar Jerman berkata ia tidak akan hadir pada majlis tersebut.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD