RIYADH, 28 Mei- Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah haji bagi tahun ini akan bermula pada 4 Jun, susulan pengesahan penampakan anak bulan yang menandakan permulaan bulan Zulhijah dalam kalendar Islam.
Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan tarikh itu dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi negara itu, Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah memaklumkan dalam satu bahawa lebih sejuta jemaah dari seluruh dunia telah tiba di negara itu bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut rekod rasmi, seramai 1.8 juta umat Islam telah menyertai ibadah haji pada tahun lalu.
Beberapa tahun kebelakangan ini, musim haji sering berlangsung pada musim panas terik di Arab Saudi.
Menurut pihak berkuasa, pada tahun 2024, suhu mencecah setinggi 51.8 darjah Celsius, dan lebih 1,300 jemaah dilaporkan meninggal dunia akibat panas melampau.
Menerusi laporan Agensi Akhbar Saudi Tahun ini, Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 5 Jun, manakala sambutan Aidiladha pula akan disambut pada 6 Jun- AFP