fb fb fb fb fb

Arab Saudi beri amaran kehadiran penyedia perkhidmatan pakej haji palsu

(Grafik Berita RTM)

RIYADH, 10 Jun- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai mengenai kehadiran penyedia perkhidmatan haji dan akaun online palsu yang mendakwa menyediakan perkhidmatan dan pakej haji pada harga lebih rendah.

Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian itu menggesa warganegara dan ekspatriat yang ingin menunaikan haji tahun ini supaya memohon dan mendaftar hanya melalui aplikasi Eatmarna.

Menurut laporan itu pihak kementerian memantau banyak akaun palsu dan nombor telefon mengelirukan yang mendakwa menyediakan perkhidmatan haji dengan meminta data peribadi dan dokumen rasmi daripada mereka yang ingin menunaikan haji.

(Tangkap layar Berita RTM)

Sehubungan itu, pihak kementerian menggesa orang ramai melaporkan segera mengenai mana-mana syarikat atau individu yang menawarkan permit menunaikan haji tahun 2022 di luar rangka kerja portal rasmi kerajaan.

Pendaftaran haji melalui aplikasi Eatmarna akan diteruskan sehingga 12 Jun dan keputusan saringan akan diumumkan selepas tarikh tutup.

Seramai 150 ribu warganegara dan ekspatriat akan dipilih daripada kalangan pemohon haji tahun ini. -AFP

Media Baharu