fb fb fb fb fb

Antartika alami gelombang haba berpanjangan

Foto AFP

PARIS, 14 OGOS – Benua Antartika mengalami gelombang haba yang luar biasa semasa musim sejuknya, menurut institut penyelidikan kutub kebangsaan Britain.

Anomali suhu bukanlah perkara luar biasa di benua yang dikenali sebagai ‘The Ice’ ini, tetapi “jangka masa musim panas yang berpanjanganadalah luar biasa,”kata Thomas Caton Harrison, Saintis Iklim Kutub di British Antarctic Survey, kepada AFP minggu ini.

Angka sementara menunjukkan purata suhu hampir permukaan di seluruh Antartika pada Julai 2024 adalah 3.1 darjah Celsius (C) melebihi tahap normal untuk bulan tersebut.

Pengiraan di atas daratan dan di daratan ais telah menjadikannya antara Julai kedua paling panas di Antartika sejak tahun 1979. Rekod paling panas dicatatkan adalah pada Julai 1981.

Purata suhu harian antara -34.68 C pada 15 Julai hingga -28.12C pada 31 Julai, menurut data yang disiarkan dalam talian oleh Universiti Maine.

Pada 7 Ogos, suhu purata di benua itu ialah -26.6C, tarikh terkini yang tersedia.

Anomali suhu purata Julai mencapai 9 hingga 10C di beberapa kawasan terhad Dronning Maud Land dan sebahagian timur Laut Weddell.

Anomali suhu harian sering berlaku semasa musim sejuk di Antartika, tetapi ‘apa yang luar biasa adalah suhu tinggi yang berpanjangan’, kata Caton Harrison.

“Angka awal menunjukkan bahawa musim sejuk Antartika dijangka menjadi musim yang sangat panas,” tambahnya. – AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD