fb fb fb fb fb

Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat 34,683 orang

Puluhan mayat yagn belum dikenal pasti ditemui di Kompleks Perubatan Nasser di selatan Semenanjung Gaza pada 25 April lalu/Foto AFP

GAZA, 5 Mei - Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,683 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata seramai 78,018 orang cedera dalam serangan tentera rejim.

Tambah kenyataan itu, sekurang-kurangnya 29 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN