fb fb fb fb fb

Angka korban penduduk Palestin meningkat kepada 28,340 orang

Kesan pengeboman terbaharu Israel di Rafah/AFP

GAZA, 12 Februari- Sekurang-kurangnya 28,340 orang penduduk Palestin terkorban dalam konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata sejumlah 67,984 warga Palestin cedera sejak konflik tercetus pada Oktober tahun lalu.

Menurut kementerian itu, sebanyak 164 rakyat Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 200 orang dilaporkan cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan kendalian Hamas dalam kemas kini terbaharunya mendedahkan, serangan rejim Zionis di Bandar Rafah, malam tadi mengorbankan lebih 100 nyawa.

Ini selepas puluhan jasad lagi ditemukan di bawah runtuhan bangunan yang dibom Israel.

Pagi tadi, kementerian itu melaporkan sejumlah 52 orang awam terbunuh.-AFP

ROSLINA BINTI DIN