GAZA, 5 November - Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 43,374 orang terbunuh dalam siri pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Angka ini termasuk 33 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Sejak serangan bermula pada 7 Oktober tahun lalu, seramai 102,261 orang dilaporkan cedera di Semenanjung Gaza. - AFP