fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 43,985

Foto AFP

GAZA, 20 November- Sekurang-kurangnya 43,985 orang dilaporkan terbunuh akibat serangan Israel sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza.

Serangan berterusan Israel juga menyebabkan 104,092 orang lagi mengalami kecederaan.

"Angka tersebut termasuk 13 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu," menurut kenyataan itu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM