fb fb fb fb fb

Mogok di Greece tuntut tindakan atasi kenaikan kos sara hidup

Foto AFP

ATHENS, 20 November - Mogok selama 24 jam yang dilakukan kesatuan sekerja menyebabkan pelbagai perkhidmatan utama antaranya pengangkutan, sekolah, mahkamah dan hospital tergendala.

Konfederasi Am Pekerja Greece (GSEE) menerusi satu kenyataan menjelaskan, mogok tersebut merupakan balasan terhadap penolakan kerajaan yang tidak mahu mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin kehidupan buat pekerja.

"Kerajaan perlu memahami bahawa kemakmuran masyarakat bergantung kepada kemakmuran pekerja. Tindakan segera diperlukan untuk melawan lonjakan harga, kediaman yang mahal dengan nilai gaji yang rendah," tambah mereka dalam kenyataan.

Beribu-ribu orang dilaporkan sedang menuju ke ibu negara Athens bagi menghadiri mogok tersebut dengan anggaran awal oleh pihak polis seramai 13,000 orang.- AFP

Trainee2