GAZA, 23 Julai – Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza kini meningkat kepada 59,106 orang, manakala 142,511 lagi cedera sejak konflik dengan Israel tercetus pada 7 Oktober 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza hari ini.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, serangan Israel telah meragut 77 nyawa dan mencederakan 376 individu.
Kementerian itu turut memaklumkan, lima orang maut dan lebih 52 cedera ketika menerima bantuan kemanusiaan dalam tempoh sama.
Sejak tamatnya gencatan senjata ringkas pada 18 Mac 2024, jumlah korban mencecah 8,268 orang, manakala angka kecederaan pula 30,470 orang.
Media tempatan melaporkan, operasi ketenteraan Israel di beberapa lokasi di Gaza semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 kematian.
Susulan kemasukan kereta kebal Israel ke Deir al-Balah pada Isnin, tentera Israel meneruskan serangan termasuk melancarkan serangan udara di kawasan berkenaan.
Petugas perubatan memaklumkan beberapa kediaman orang awam dibedil kereta kebal, menyebabkan kematian dan kecederaan.-REUTERS