fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza terus meningkat, hampir 33,000 orang

Kemusnahan di sekitar hospital Al-Shifa Gaza selepas tentera Israel berundur dari kompleks menempatkan hospital itu/AFP

GAZA, 1 April- Sekurang-kurangnya 32,845 rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel di Gaza, kebanyakannya melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Serangan tersebut turut menyebabkan 75,392 penduduk Palestin mengalami kecederaan.

Kementerian Kesihatan di Gaza menerusi kenyataan berkata jumlah tersebut termasuk 63 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Angka tersebut adalah kemas kini terbaharu yang direkodkan, beberapa jam selepas tentera Israel berundur dari Hospital terbesar Gaza, Al-Shifa, dua minggu selepas Israel melancarkan operasi ketenteraanya yang menyaksikan pertempuran hebat.

Jurucakap agensi Pertahanan Awam Gaza berkata bahawa tentera Israel membunuh kira-kira 300 orang di dalam dan sekitar hospital sepanjang operasi itu.

Israel terus melakukan serangan berterusan terhadap Palestin selama lebih lima bulan, sejak konflik Hamas-Israel bermula 7 Oktober lalu.- AFP

ROSLINA BINTI DIN