fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza terus meningkat kepada 43,314 orang

55 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu/Foto fail AFP

GAZA, 2 November - Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 43,314 orang telah terkorban dalam pembunuhan Zionis Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan berkata jumlah tersebut termasuk 55 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Serangan tersebut turut menyebabkan 102,019 penduduk Palestin mengalami kecederaan.

Situasi di Gaza semakin memburuk dengan serangan berterusan oleh Israel yang mengakibatkan kematian dan penderitaan besar kepada rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu. 

Serangan udara Israel juga telah memusnahkan infrastruktur penting, termasuk hospital dan sekolah, menyebabkan krisis kemanusiaan yang serius. 

Masyarakat antarabangsa terus mendesak gencatan senjata dan penyelesaian diplomatik untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin.- AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN