fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza meningkat kepada 58,667 orang

FOTO REUTERS

GAZA, 18 Julai – Kementerian Kesihatan di Gaza memaklumkan jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Israel kini meningkat kepada 58,667 orang.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, sementara ribuan lagi dilaporkan cedera dalam konflik yang belum menunjukkan tanda akan reda.

Wilayah Gaza terus berdepan serangan udara dan darat sejak perang meletus, dengan infrastruktur asas termasuk hospital, sekolah dan kemudahan awam turut musnah teruk.

Pertubuhan kemanusiaan antarabangsa terus menggesa gencatan senjata segera dan akses bantuan kemanusiaan yang tidak terhalang ke kawasan terjejas.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE