fb fb fb fb fb

Ruang udara Iran dibuka sepenuhnya, operasi penerbangan kembali normal

Lapangan terbang seluru Iran kini kembali beroperasi seperti biasa/Foto Bernama

TEHRAN, 17 Julai - Organisasi Penerbangan Awam Iran mengumumkan, lapangan terbang di seluruh negara kembali beroperasi seperti biasa dan ruang udara dibuka semula untuk penerbangan antarabangsa sepanjang masa, lapor Mehr News Agency (MNA).

Jabatan Perhubungan Awam organisasi itu memaklumkan, selepas penyelesaian oleh Jawatankuasa Penyelarasan Penerbangan Awam dan penilaian menyeluruh keselamatan, semua lapangan terbang kini beroperasi seperti biasa dan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada orang ramai.

Menurut keputusan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad akan beroperasi bagi penerbangan penumpang dari 4.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.

Penerbangan latihan dan penerbangan rekreasi bagaimanapun terus digantung sehingga dimaklumkan kelak.- BERNAMA/MNA

ASHRIQ FAHMY AHMAD