fb fb fb fb fb

Angka korban bencana di Sri Lanka meningkat, amaran tanah runtuh dikeluarkan

Foto AFP

COLOMBIA, 7 Disember -Pihak berkuasa Sri Lanka pada Ahad mengeluarkan amaran baharu tanah runtuh ketika hujan berterusan melanda kawasan yang telah musnah akibat taufan kuat, dengan angka korban meningkat kepada 618 orang.

Rangkaian ribut tropika dan hujan monsun sejak dua minggu lalu telah melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan, mencetuskan tanah runtuh, banjir besar dan memutuskan hubungan banyak komuniti.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 1,812 orang terbunuh dalam siri bencana alam yang melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam sepanjang tempoh tersebut.

Di Indonesia, jumlah korban melepasi 900 orang, mendorong tunjuk perasaan dan desakan bantuan segera.

Presiden Prabowo Subianto pada Ahad berikrar mempertingkatkan bantuan kecemasan. - AFP

TETITIA YUSOFF