fb fb fb fb fb

Angka korban banjir di Nigeria naik mendadak, 117 mayat ditemukan

Angka korban banjir di Niger naik mendadak daripada hanya 21 orang pada Khamis / Foto Mehr News Agency

NIGER, 31 Mei - Angka korban akibat banjir dahsyat yang dicetuskan oleh hujan lebat di negeri Niger, tengah Nigeria dijangka terus meningkat.

Ibrahim Hussaini, ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger,berkata setakat ini 117 mayat telah ditemukan dan lebih banyak lagi dijangka dapat ditemui selepas banjir besar memusnahkan beribu-ribu rumah .

Sementara itu kira-kira 3,000 rumah ditenggelami air dalam dua komuniti di negeri utara-tengah.

Nigeria terdedah kepada banjir semasa musim hujan, yang bermula pada bulan April.

Awal minggu ini, Agensi Meteorologi Nigeria beri amaran ribut petir dan hujan lebat di wilayah tengah negara itu, termasuk Niger.

Pada 2022, Nigeria mengalami gelombang banjir terburuk dalam lebih sedekad yang mengorbankan lebih 600 orang.

Kira-kira 1.4 juta orang kehilangan tempat tinggal dan memusnahkan 440,000 hektar tanah ladang.

Insiden banjir di negeri Niger berlaku pada malam Rabu dan berterusan hingga pagi Khamis, kata Hussaini - Reuters

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN