fb fb fb fb fb

Angka korban banjir dan tanah runtuh dijangka terus meningkat

Kos pembinaan semula dijangka mencecah AS$3.1 bilion / Foto AFP

JAKARTA, 13 Disember - 1,003 angka korban dicatatkan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Pulau Sumatera, sejak dua minggu lepas.

Agensi Nasional Pengurusan Bencana turut menjangkakan angka korban meningkat berikutan 218 individu, dilaporkan masih hilang.

Bencana berkenaan juga mengakibatkan lebih 5,400 individu cedera.

Setakat ini, kira-kira 1.2 juta penduduk masih berlindung di pusat pemindahan sementara.

Walaupun menerima rungutan daripada penduduk terjejas banjir berikutan usaha bantuan yang perlahan, Presiden Prabowo Subianto memaklumkan beberapa lokasi yang terputus hubungan sebelum ini, telah boleh dilalui.

"Saya telah melawat pusat pemindahan dan mendapati bekalan makanan mencukupi walaupun terdapat sedikit kelewatan bantuan,"katanya selepas melawat salah satu pusat pemindahan sementara di Sumatera Utara.

Dijangkakan kos pembinaan semula selepas bencana mencecah 51.82 trilion rupiah (AS$3.1 bilion), dan setakat ini Indonesia menolak cadangan untuk meminta bantuan antarabangsa.-AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN