JOHANNESBURG, 13 Mei- Angka kematian akibat bangunan runtuh di Afrika Selatan meningkat kepada 20 orang dengan 32 orang masih tidak dapat dikesan selama hampir seminggu tragedi itu berlaku.
Pasukan penyelamat telah bekerja keras mencari dan menyelemat mangsa terperangkap sejak blok pangsapuri yang sedang dalam pembinaan di bandar selatan George itu runtuh pada petang Isnin.
Ketika kejadian, 81 kru pembinaan dilaporkan berada di lokasi.
29 mangsa telah diselamatkan setakat ini.
Pada hari Sabtu seorang mangsa ditemukan selamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan selepas 116 jam terperangkap bawah runtuhan.
Ahli keluarga yang ditempatkan di dewan bandaraya berhampiran lokasi runtuhan sejak Isnin meluahkan kekecewaan mereka terhadap menteri keselamatan ekoran proses pengecaman dilakukan sangat perlahan.
Perdana Menteri Alan Winde dari wilayah Western Cape sebelum ini berkata proses itu amat sukar.
Polis menggunakan cap jari, ujian DNA dan gambar.
Sebelum ini pihak berkuasa enggan mengulas mengenai spekulasi yang menyebut kebanyakan kru poembinaan adalah warga asing.
Pelan pembinaan untuk blok apartmen 42 unit telah diluluskan oleh bandar pada bulan Julai.
Sebab-sebab keruntuhan masih tidak diketahui.-AFP