fb fb fb fb fb

Angka kematian rakyat Palestin meningkat 39,965

Foto REUTERS

GAZA, 14 Ogos-Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel terhadap Gaza meningkat kepada 39,965.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, ia turut menyebabkan 92,294 orang lagi mengalami kecederaan.

"Serangan Israel di Gaza mengakibatkan 36 kematian dalam tempoh 48 jam lalu," menurut kenyataan itu.

Sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lalu, lebih 16,000 kanak-kanak dan lebih 11,000 wanita di Gaza telah terbunuh, kata pejabat media kerajaan Gaza.

Pejabat media melaporkan bahawa 69 peratus kanak-kanak dan wanita di Gaza mengalami kecederaan.

Konflik turut menyebabkan 17,000 kanak-kanak di Gaza kehilangan ibu atau bapa mereka.

Ia menambah bahawa 885 kakitangan perubatan telah terbunuh menerusi konflik terbabit, 34 hospital dihentikan operasi manakala 80 pusat perubatan telah ditutup. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM