fb fb fb fb fb

Angka kematian perang di Gaza cecah 11,240 - Hamas

FOTO REUTERS

SEMENANJUNG GAZA, 14 November- Angka kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 11,240 orang semalam, selepas lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas.

Menurut kerajaan Hamas, antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita, kata kerajaan, dengan 29,000 lagi cedera.

Sementara itu, kementerian kesihatan dikendalikan Hamas berkata terdapat berpuluh-puluh mayat di jalan di utara Gaza, di mana pertempuran paling hebat berlaku.

Menurut kementerian itu, ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan menjadi sasaran serangan Israel. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI