GAZA, 14 Julai - Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 58,026 orang dengan 138,520 lagi cedera sejak konflik Israel - Hamas tercetus pada tahun 2023.
Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam lalu, operasi ketenteraan Israel telah membunuh 139 orang dan mencederakan 425 orang di Gaza. Antaranya merupakan 28 orang awam yang sedang menunggu bantuan.
Israel turut melancarkan serangan udara ke atas pasar di Bandar Gaza dan pusat agihan air di kem pelarian Nuseirat, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk kanak-kanak.
Dalam pada itu, pejabat media Gaza menyatakan 805 rakyat Palestin terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan sejak "Dana Kemanusiaan Gaza" yang disokong Amerika Syarikat dan Israel mengambil alih pengagihan pada 27 Mei.
Lokasi agihan bantuan kini digelar "perangkap maut" akibat serangan berulang oleh tentera Israel. -REUTERS