fb fb fb fb fb

EU adakan mesyuarat tangguh tarif ke atas barangan AS

Foto REUTERS

BRUSSELS, 14 Julai - Menteri perdagangan Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat di Brussels hari ini, susulan tekanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengenakan tarif 30 peratus ke atas import dari EU mulai 1 Ogos.

Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, bagi menangani perkara tersebut, EU mengumumkan akan melanjutkan penangguhan tindakan balas terhadap tarif itu sehingga awal Ogos, dalam usaha mencapai penyelesaian rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Von der Leyen berkata, blok itu akan terus menyediakan langkah balas tambahan supaya bersedia sepenuhnya.

Pakej pertama langkah balas terhadap tarif Amerika Syarikat ke atas besi dan aluminium bernilai 21 bilion euro telah ditangguhkan selama 90 hari sejak April untuk memberi ruang rundingan. Penangguhan itu dijadual tamat, hari ini.

Manakala, pakej kedua yang menyasarkan barangan AS bernilai 72 bilion euro sedang disediakan sejak Mei, namun senarai akhir masih belum diumum dan memerlukan kelulusan daripada negara anggota EU. -REUTERS

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN