GAZA, 13 Julai - Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 57,882 orang, manakala 138,095 lagi cedera sejak konflik Israel - Hamas tercetus pada tahun 2023.
Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza pada hari Sabtu, dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel mengorbankan 59 nyawa dan mencederakan 208 orang.
Di Rafah, tembakan tentera Israel di kawasan agihan bantuan menyebabkan sekitar 30 maut dan lebih 130 cedera.
Ketika ini, hanya satu pusat bantuan masih beroperasi di Rafah, selepas tapak di Khan Younis ditutup. Ribuan penduduk terpaksa ke selatan Gaza untuk mendapatkan makanan. -REUTERS.