fb fb fb fb fb

Anak perempuan pakar sains politik Rusia maut

(Darya Dugina/REUTERS)

ANKARA, 22 Ogos- Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Russia, Alexander Dugin meletup lewat kelmarin di Moscow, lapor Agensi Anadolu memetik media.

Kereta Darya Dugina meletup di lebuh raya Mozhayskoye kira-kira 9.45 malam waktu tempatan dan saksi mendakwa letupan berlaku di tengah jalan menyebabkan serpihan kereta bertaburan.

Menurut laporan awal, beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini, tiada pengesahan atau maklumat rasmi mengenai punca letupan.

Tidak jelas sama ada letupan itu satu percubaan bunuh yang menyasarkan bapanya.

Alexander Dugin disifatkan sebagai antara individu penting kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.

Seperti bapanya, Darya Dugina juga terbabit dalam bidang kewartawanan, falsafah dan sains politik. -BERNAMA

 

(Pasukan penyiasat mengumpul bukti di kawasan kejadian pengeboman kereta Darya Dugina/REUTERS)

 

 

 

Media Baharu