fb fb fb fb fb

Anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia

Dr Lee Wei Ling disahkan menghidap penyakit "progressive supranuclear palsy"

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew, Dr Lee Wei Ling meninggal dunia Rabu pada usia 69 tahun.

Berita pemergian Dr Lee dikongsi adik lelakinya Lee Hsien Yang menerusi satu hantaran di Faceboko.

Menurut hantaran tersebut, Dr Lee meninggal dunia di rumah, namun punca kematiannya tidak dinyatakan.

"Tiada bunga, sila salurkan sumbangan kepada badan amal berikut yang akan bermakna buat Wei Ling: Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore, Total Well-Being SG Limited," tulisnya.

Dr Lee disahkan menghidap penyakit "progressive supranuclear palsy" pada 2020.

Ia adalah penyakit otak yang jarang berlaku dan menjejaskan aktiviti harian seperti berjalan, hilang keseimbangan, pergerakan mata, dan menelan. Penyakit itu berpunca daripada kerosakan sel-sel di bahagian otak yang mengawal pergerakan badan, koordinasi, pemikiran, dan fungsi penting yang lain.

Dr Lee juga merupakan adik kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE