fb fb fb fb fb

AMM ke-58: Setiausaha Negara AS tiba di Malaysia bertemu pemimpin ASEAN

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio tiba di Pangkalan Udara Subang hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri mesyuarat Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM ke-58).

Agenda utama bagi membincangkan isu tarif perdagangan AS dan pengaruh China yang semakin memuncak.

Dalam lawatan sulungnya ke Asia sebagai Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dijadual menghadiri mesyuarat pasca-menteri ASEAN serta Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asia Timur, yang turut melibatkan Jepun, Korea Selatan dan China.

Ketibaan Rubio selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan perang dagang pada awal minggu ini untuk mengenakan tarif baharu antara 20 hingga 50 peratus ke atas lebih negara.

Ini termasuk sekutu Asia seperti Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara ASEAN lain.

Sementara itu, semua anggota ASEAN seperti Indonesia, Laos, Thailand, Malaysia, Filipina, Brunei dan Myanma berdepan cukai antara 20 hingga 40 peratus sekiranya gagal mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Washington sebelum Ogos ini.

Vietnam merupakan satu daripada dua negara yang telah mencapai persetujuan awal dengan Washington.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapan pembukaan semalam, memberi amaran kepada para diplomat serantau bahawa tarif kini menjadi senjata geopolitik baharu.

Lawatan Rubio ke Malaysia juga berlangsung serentak dengan ketibaan rakan sejawatannya dari Rusia dan China, Sergei Lavrov dan Wang Yi. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN