MOSCOW, 14 Julai - Kremlin mendedahkan pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan pembekalan senjata, terutama peluru berpandu pertahanan udara, Patriot kepada Ukraine.
Perkara tersebut diumum oleh Trump sendiri baru-baru ini.
Jelas jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, Trump bagaimanapun tidak memberi perincian jumlah senjata yang dibekalkan.
Presiden Amerika itu hanya menyatakan kos bagi persenjataan tersebut akan dibayar oleh Kesatuan Eropah (EU).
Peskov menegaskan, kenyataan Trump tersebut jelas menunjukkan Washington tetap akan membekalkan bekalan senjata, peluru dan peralatan ketenteraan kepada Kiev.
Kremlin dalam pada itu menjelaskan, Moscow bersedia untuk rundingan damai pusingan ketiga, namun Kiev dilihat sengaja melambat-lambakan usaha tersebut.-REUTERS