GAZA, 14 Julai - Sekurang-kurangnya 22 orang lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim zionis hari ini.
Jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mahmud Bassal memaklumkan, 10 individu terbunuh dalam tiga serangan udara berasingan di beberapa bahagian di utara dan beberapa bahagian di bandar tersebut.
Manakala, 12 orang lagi terbunuh dalam serangan Israel di Khan Yunis, selatan Gaza.
Bassal turut mendedahkan, pasukan pejuang Palestin ketika ini aktif menggempur tentera Israel di kawasan utara.
Sayap bersenjata Hamas telah mengeluarkan rakaman memaparkan pejuangnya menembak peluru berpandu ke arah pusat kawalan tentera rejim zionis berhampiran Shujaiya.-AFP