fb fb fb fb fb

Amaran suhu panas melampau empat hari di England dan Wales

LONDON, 12 Ogos- Amaran 'haba ekstrem' selama empat hari dikeluarkan di beberapa kawasan di England dan Wales dengan suhu dijangka melepasi 35 darjah Celsius.

Jabatan Kaji Cuaca mengeluarkan amaran jingga, yang dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

"Suhu dijangka memuncak sehingga 35 darjah Celsius pada Jumaat dan mungkin mencecah 36 darjah Celsius di beberapa kawasan pada Sabtu.

Sebahagian besar England dan Wales, serta kawasan-kawasan di bahagian timur Ireland Utara dan Scotland, diramalkan 'panas atau sangat panas' pada Khamis," menurut Jabatan itu.

Amaran turut dikeluarkan kepada penduduk yang mudah terdedah kepada haba melampau yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

(Papan tanda di tempat awam menasihatkan penduduk supaya
membawa air ketika cuaca panas / Foto REUTERS)

Menteri Alam Sekitar Britain, George Eustice menggesa syarikat-syarikat air mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi bekalan air dan menangani kesan cuaca panas yang berterusan.

Sebilangan syarikat air sudah mengenakan sekatan untuk penggunaan air. -REUTERS

Media Baharu