SYDNEY, 30 Mac - Beribu-ribu penduduk di timur Australia diarahkan berpindah setelah pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca buruk berterusan dalam tempoh 24 jam akan datang.
Arahan dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan berlakunya banjir.
Angka kematian akibat banjir terbaharu meningkat kepada dua orang apabila seorang lelaki ditemukan mati di negeri Queensland selepas kenderaannya terperangkap dalam banjir.
Beberapa bandar di Australia masih bergelut dengan proses pembersihan selepas banjir dahsyat pada awal Mac.
Banyak bangunan yang ditenggelami air bulan lalu, dijangka dinaiki air semula.
(kereta yang ditengalami banjir di Syney, Australia/AFP)
Semalam, Biro Meteorologi mengeluarkan amaran banjir kilat yang berpotensi mengancam nyawa di sepanjang pantai utara New South Wales merentasi jarak lebih 500 kilometer.
Dengan paras air sungai yang semakin meningkat, penduduk di bandar Lismore di utara New South Wales, diarah berpindah menjelang petang semalam.