fb fb fb fb fb

Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg didenda

(FOTO AFP)

STOCKHOLM, 14 Oktober - Aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thunberg didenda selepas didapati bersalah selepas melanggar arahan pihak polis Sweden, menurut agensi berita TT pada Rabu.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh tiga bulan, Greta diarahkan membayar denda bagi kesalahan sama.

Thunberg, 20 telah diarahkan membayar sejumlah 4,500 Swedish Krona atau (AS$414) kerana gagal untuk meninggalkan protes iklim pada 24 Julai lalu. Dia turut didenda sebanyak 1,500 Swedish Krona bagi kesalahan sama pada hari berkenaan.

"Tiada undang-undang yang melindungi kami daripada mereka yang tamak dalam jangka masa panjang", kata Greta pada sidang media di sini.

"Kami generasi muda tidak ingin melihat masa depan kami diragut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab", ujarnya lagi.

Pada 24 Julai lalu, Thunberg dan beberapa aktivis daripada kumpulan alam sekitar, 'Reclaim the Future' telah menghalang beberapa lori minyak yang cuba memasuki pelabuhan di Malmo.-REUTERS

rtm
(FOTO AFP)

Media Baharu